Monday, June 27

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016” kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambuat syawal nanti.
 
Setelah sebulan umat Islam berpuasa kini tiba pula waktu yang dinanti-nantikan iaitu hari raya aidilfitri. Rasanya ucapan selamat hari raya berbentuk pantun melalui pesanan ringkas sms belum lagi pupus buat masa kini.
 
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan selamat hari raya ini. Berikut adalah koleksi ucapan selamat hari raya tahun 2016:
 
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS saja penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin.
 
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
 
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
 
Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
 







Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
 
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
 
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.
 
Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya
 
Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
 
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera
 
Itulah sedikit sebanyak koleksi ucapan hari raya dari saya. Saya di sini ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.
 
Raya sakan tau!
 
Jangan baca blog masa raya.

Sunday, June 5

Good Bye Kemaman, Putrajaya, I'm Coming

Assalamualaikum wbt;

Diam tak diam, lama jugak aku x update blog aku nie, hampir 3 tahun lamanya. Tentu korang tertanya-tanya apa maksud tajuk update aku kali ni kan... "Good Bye Kemaman, Putrajaya, I'm Coming", demikianlah update aku kali nie.

Selama 7 tahun 4 bulan 26 hari aku berada di bumi INTAN Kampus Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Pada 29 Mac 2016 lalu, aku menerima emel tawaran pemangkuan ke gred yang lebih tinggi. Mestilah aku menerima tawaran ini, mana boleh aku lepaskan gitu aje.

Maka, pada 5 April 2016, bergeraklah aku ke Putrajaya untuk melaporkan diri pada keesokan harinya. Korang tahu tak kat mane? Kat sinilah aku melaporkan diri.


Aku ditempatkan di Aras 7. Alhamdulillah, aku masih melaksanakan kerja-kerja yang sama seperti di tempat lama.

Sekarang sudah lebih sebulan aku berada di sini, alhamdulillah, dapatlah juga aku menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan suasana pejabat yang baru, bergaul dengan kawan-kawan baru dan yang penting dapat cuci mata dengan gewe gewe hok cun. Mungkin jodoh aku kat sini kot.. he he he.... kita hanya mampu merancang tuhan yang maha menentukan.

oklah, rasanya cukup sampai sini dululah aku update blog aku yang tak seberapa nie.

jumpa lagi di lain masa lain ketika ye.