Monday, June 27

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016” kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambuat syawal nanti.
 
Setelah sebulan umat Islam berpuasa kini tiba pula waktu yang dinanti-nantikan iaitu hari raya aidilfitri. Rasanya ucapan selamat hari raya berbentuk pantun melalui pesanan ringkas sms belum lagi pupus buat masa kini.
 
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan selamat hari raya ini. Berikut adalah koleksi ucapan selamat hari raya tahun 2016:
 
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS saja penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin.
 
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
 
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
 
Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
 







Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
 
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
 
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.
 
Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya
 
Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
 
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera
 
Itulah sedikit sebanyak koleksi ucapan hari raya dari saya. Saya di sini ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.
 
Raya sakan tau!
 
Jangan baca blog masa raya.

1 comment: